Mee Hoon Kosong Kosong

Hari ni 1st day prepare breakfast di Saigon setelah bermulanya gelaran housewife bermula. Jadi sempena officially menjadi surirumahtangga sepenuh masa saya telah menyediakan mee hoon kosong kosong :
;
Bahan- bahan :

1/2 bungkus mee hoon ( cukup untuk 2 -3 orang makan)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu kicap tiram
2 sudu kicap masin
1 sudu serbuk cili ( kalau nak pedas tambah lagi 1 sudu)
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara -cara :
Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris harus sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk cili, kicap pekat dan kicap tiram. Setelah naik minyak, masukkan mee hoon dan gaulkan , kemudian pecahkan sebiji telur dan gaulkan rata. Telur dimasukkan kemudian adalah untuk melembutkan mee hoon tadi. masukkan sedikit garam dan gaul rata lagi. Selepas 5 minit ianya sedia untuk dihidang.

Comments

Popular posts from this blog

Sukun Goreng / Fried Bread Fruits (Artocarpus Altilis - scientific name)

Masak Lemak Ikan Sepat Masin Dan Nenas Cara Suhaila

Bendi Goreng - Fried Ocra